About Us
TryRenori.com diwujudkan untuk bantu anda simpan kenangan dalam bentuk yang boleh disentuh.
Hari-hari kita ambil gambar anak, keluarga, birthday, raya, travel dan momen kecil yang bermakna. Tapi selalunya, gambar-gambar itu hanya tersimpan dalam phone gallery sahaja.
Renori mahu jadikan proses print gambar lebih mudah.
Anda cuma pilih 30 gambar favourite, upload di website, dan kami akan print serta hantar terus ke rumah.
Simple, mudah, dan sesuai untuk sesiapa yang mahu simpan kenangan tanpa proses yang leceh.
Apa Yang Kami Buat
TryRenori.com menyediakan servis cetakan gambar yang mudah untuk customer di Malaysia.
Fokus kami sekarang adalah 30 keping gambar print dengan harga launch RM19.90.
Servis ini sesuai untuk:
- gambar anak
- gambar rakan2
- gambar family
- birthday
- raya
- travel
- kenangan harian
Kenapa Renori?
Sebab kami percaya gambar bukan hanya untuk disimpan dalam phone.
Ada gambar yang lebih bermakna bila dicetak, disimpan dalam album, diletakkan dalam frame, atau dijadikan hadiah kecil untuk orang tersayang.
Renori membantu anda membawa semula kenangan digital ke dunia sebenar.
Privasi Gambar Anda
Kami faham bahawa gambar anak dan keluarga adalah peribadi.
Gambar yang anda upload hanya digunakan untuk proses cetakan order anda sahaja.
Kami tidak akan post, share, atau gunakan gambar anda untuk marketing tanpa kebenaran.
Our Promise
Kami mahu berikan pengalaman order yang mudah, selamat dan menyenangkan.
Pilih gambar. Upload. Kami print dan hantar.
Itu sahaja.